Sunday 10 June 2012

Bagi merancakkan perdagangan dan pembinaan infrastruktur, Empayar British telah membawa masuk buruh India dan buruh China di kawasan bandar. Hari ini bandar Yangoon dan Mandalay terdapat ramai orang India. Mereka ditugaskan membina landasan kereta api dan sekolah. Penjara Insein menempatkan sejumlah besar banduan terutama banduan politik .

Banyak terjadi pertumpahan darah sehingga 1930 . Pemakaian kasut di dalam kuil buddha mencetuskan bantahan dari sami-sami Buddha. Sami-sami Buddha menjadi peuang-pejuang kemerdekaan Myanmar dan ramai yang terbunuh. Antara sami yang terkenal ialah U Wisara yang mati dalam penjara selepas 163 hari mogok lapar membantah peraturan -peraturan baru di kuil Buddha.

Sajak oleh Tudyard Kipling bertajuk 'Mandalay' mengingatkan betapa kesusahan hidup semasa zaman kolonial British. Pada 1 April 1937 , Myanmar berjuang untuk mendapatkan pentadbiran berasingan dari British di India. Pada 1940-an 30 komrad yang menerima latihan ketenteran di Jepun diketuai Aung San telah mengasaskan Tentera Kemerdekaan Burma.

0 comments:

Post a Comment

 

Copyright 2010 Myanmar.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.