Sunday, 10 June 2012

Kumpulan etnik Melayu ini mempunyai hubungan rapat dengan Melayu Kedah dan wilayah di selatan Thailand (Melayu Thailand) yang mana dari segi sejarahnya membentuk Kerajaan Melayu Patani purba. Bahasa yang paling banyak dituturkan di kawasan ini adalah Burma, diikuti dengan Thai.

Orang Melayu Burma mampu bertutur dalam dua bahasa iaitu bahasa Burma dengan loghat Myeik (Beik) sepertimana rakyat tempatan selain bahasa Melayu yang mana tergolong di dalam keluarga bahasa Austronesia. Orang Melayu di Burma bertutur dalam dialek Kedah-Perlis. Etnik Melayu memiliki budaya Muslim sejak abad ke-15.

Bahasa Melayu merupakan bahasa lingua franca nusantara, dan bahasa bahasa-bahsa creole berasaskan bahasa Melayu yang wujud di kawasan paling selatan di Burma. Selain bertutur dalam bahasa Melayu, beberapa golongan tua boleh membaca tulisan Jawi, tulisan bahasa Melayu yang ditulis dalam abjad Arab (bahasa Melayu moden juga ditulis dalam abjad Rom).

Golongan ini tertumpu di bandar Bokpyin dan kampung sekitarnya serta pulau-pulau yang berhampiran di Teluk Benggala. Di Kawthaung (bandar paling selatan di Burma), di seberang Ranong di selatan Thailand, terdapat banyak masjid termasuk Masjid Pashu. Ramai beberapa orang Pashu yang berkahwin campur dengan Muslim lain di Burma.

Beberapa remaja mereka menerima pendidikan kerajaan sekular Burma, akan tetapi terdapat juga yang menerima pendidikan di sekolah agama Islam. Orang Melayu Burma adalah pengikut aliran Sunnah Islam yang terdiri dari Mazhab Shafie, sedikit berbeza daripda Mazhab Hanafi bagi Muslim lain di Burma.
Majoriti penduduk Kawthaung terdiri dari etnik Thai yang beragama Islam atau Buddha, Bamar dan etnik-etnik minoriti yang lain (seperti Shan, Karen dan Mon). Orang Salone (Moken), Gipsi Laut, dan Melayu dikenali dengan nama, "orang Pashu" oleh penduduk tempatan. Cina Burma dan India Burma, yang berpindah ke Kawthaung semasa era penjajahan untuk melombong bijih timah dan industri-industri lain juga mendiami Kawthaung.

Jumlah penduduk Pashu adalah kurang dari 100,000 di sebabkan ramai daripada mereka berhijrah ke Malaysia, Thailand dan ke wilayah-wilayah lain di Burma, terutamanya ke Rangoon. Orang Pashu selebihnya banyak mendiami bahagian paling selatan, Kawthaung. Kawthaung (Bahasa Burma: ; MLCTS: kau. saung: mrui.; Bahasa Thai: เกาะสอง; Bahasa Melayu: Pulodua) adalah bahagian terselatan di Myanmar

Ia terletak di Divisyen Tanintharyi. Semasa pemerintahan British di Burma di antara tahun 1824 dan 1948, ia dikenali sebagai Titik Victoria. Pada tahun 1859, sebuah kumpulan Cina dan Thai tempatan mendiami Maliwan, sebuah tempat dengan banyak tumbuhan berbunga yang dikenali sebagai Maliwan dalam bahasa Thai. Pada akhir tahun 1865, sebuah kumpula Arab-Melayu yang diketuai oleh Nayuda Ahmed, berlayar dan memungut barangan laut di sekitar Kepulauan Mergui dan mendirikan sebuah penempatan dan kampung di teluk Titik Victoria.Melayu Burma tertumpu di bandar Bokpyin dan kampung-kampung sekitarnya dan beberapa pulau di Teluk Bengal.
Myanmar atau dahulunya dikenali sebagai Burma ialah sebuah negara di Asia Tenggara. Negara ini mengubah namanya kepada Myanmar pada 1989 dan nama barunya ini diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Walaubagaimanapun, beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom tidak menerima perubahan nama ini kerana kedua-dua negara ini tidak mengiktiraf kerajaan junta yang memerintah Myanmar sekarang.

Hari ini, ramai orang menggunakan nama "Myanmar" walaupun sesetengahnya tidak bersetuju dengan pemerintahan junta di Myanmar. Myanmar merdeka dari United Kingdom pada 4 Januari 1948 sebagai "Kesatuan Burma" . Kemudian bertukar kepada Republik Sosialis Kesatuan Burma pada 4 Januari 1974. Sekali lagi bertukar kepada Kesatuan Burma pada 23 September 1988. Pada 18 Jun 1989, Majlis Pelembagaan menukar nama kepada "Kesatuan Myanmar".

Myanmar bersempadan dengan Republik Rakyat China di utara, Laos di timur, Thailand di tenggara, Laut Andaman di selatan serta Teluk Bengal di barat daya. Satu per tiga tanah Myanmar atau 1,930 km di kelilingi oleh pesisiran pantai. Sistem politik di Myanmar dikawal oleh Majlis Pembangunan dan Keamanan Negara yang menguasai kerajaan sejak 1992, dan dipimpin oleh kerajaan junta tentera di bawah Jeneral Than Shwe. Tentera Burma telah berjaya menguasai pemerintahan semenjak Jeneral Ne Win memimpin rampasan kuasa pada 1962 dan menumpaskan kerajaan awam pimpinan U Nu.

Sepanjang pemerintahan Empayar British sehingga 1948, Burma terus berhadapan dengan masalah ketegangan kaum. Kebudayaan Myanmar, seperti jirannya berasaskan kepercayaan Buddha Theravada dengan ubahsuai dan tambahan elemen tempatan. Pemerintahan tentera berakhir pada tahun 2011, lalu diganti oleh kerajaan awam.
Nama Myanmar berasal dari istilah 'Myanma Naingngandaw' yang digunakan sejak abad ke-12. Tetapi asal-usulnya tidak begitu jelas. Pada 1989 kerajaan junta tentera mengubah nama bahasa Inggeris dari Burma kepada Myanmar.

Banyak tempat lain turut ditukar, termasuklah bandar Rangoon kepada Yangon. Pertukaran nama ini menimbulkan kontroversi di pihak pembangkang. Pihak penentang junta meneruskan penggunaan istilah "Burma" serta "Rangoon" kerana tidak mengiktiraf kerajaan junta tentera.

Negara Barat khususnya Amerika Syarikat, Australia, Ireland, dan Britain mengekalkan istilah Burma. Sebaliknya negara lain termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerima istilah Myanmar.
Luas Myanmar ialah 678,500 km persegi, negara terbesar di tanah benua Asia Tenggara dan ke-40 terbesar di dunia selepas Zambia. Myanmar lebih kecil dari negeri Texas di Amerika Syarikat. Myamar terletak di antara bahagian Chttagong di Bangladesh , Assam, Nagaland dan Manipur di India. Ia berkongsi sempadan dengan Xizang dan Yunnan di China sepanjang 2185 km.

Myanmar juga bersempadan dengan Laos dan Thailand. Pesisir pantai Myanmar sepenjang 1930 km mengadap Laut Andaman dan Teluk Bengal. Di utara, pergunungan Hengduan Shan menjadi sempadan dengan China. Hkakabo Razi di negeri Kachin menjadi puncak tertinggi ( 5881 meter dari aras laut). Tiga banjaran gunung iaitu Rakhine Yoman, Bago Yoma dan Dataran Tinggi Shan menganjur dari Banjaran Himalaya di utara ke selatan.

Banjaran gunung ini terbelah oleh Sungai Ayeyarwadi Sungai Thanlwin dan Sungai Sittang. Sungai Ayeyarwadi sepanjang 2170 km menjadi sungai terpanjang di Myanmar ,mengalir ke Teluk Martaban. Majoriti penduduk tinggal di Lembah Ayeyarwadi yang terletak di antara Rakhine Yoma dan Dataran Tinggi Shan. Myanmar terletak di antara garisan Sartan dan garisan Khatulistiwa.

Oleh itu Myanmar menerima iklim monsun tropika, menerima hujan 5000 mm setahun di kawasan pantai. Di kawasan delata, menerima hujan 2500 mm setahun. Sementara di Zon Kering (tengah Myanmar) hanya 1000 mm setahun.

Kawasan pesisir pantai dan delta suhunya 32`C. Utara Myanmar suhunya 21`C.Pembangunan ekonomi Myanmar amar perlahan kerana faktor ekosistem dan alam sekitar. 49 % Myanmar masih lagi berhutan tebal.

 Antara pokok utama ialah getah, acacia, buluh, kelapa, paya bakau dan kayu jati. Di Zon Kering, sayur-sayuran banyak ditanam . Sepanjang tanah pamah banyak ditanam dengan buah-buahan.
Orang Mon dipercayai menjadi kumpulan terawal untuk pindah ke Lembah Ayeyarwadi dan pada pertengahan tahun 900 SM telah menguasai selatan Myanmar.

Orang Mon ini menjadi orang Asia Tenggara pertama menganut agama Buddha Theravada. Orang Tibeto-Burman bercakap bahasa Pru tiba sekitar abad pertama SM.

Mereka tinggal di Lembah Ayeyarwadi. Kerajaan orang Mon dan Pyu giat melakukan kegiatan perdagangan antara China dengan India. Kerajaan Pyu menguasai Lembah Ayeyarwadi untuk beberapa ketika.
 

Copyright 2010 Myanmar.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.